IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

16 Tips Bangun Lebih Awal Daripada Biasa

Email

 Memandangkan kini subuh semakin awal dan Ramadan semakin menghampiri, kami kongsikan di sini 16 tips untuk membantu anda bangun pagi lebih awal. Selamat mencuba!

Read more...

Haura' Night; Malam Apresiasi Graduan KIM

Email

 HAYYU ASYIR, 10 Mac- Pada hari Jumaat yang lalu, telah berlangsung program Haura' Night, sebuah majlis yang menghimpunkan semua akhawat Kaherah sekaligus meraikan para aktivitis KIM Kaherah yang telah berjaya menamatkan pengajian perubatan di bumi Mesir. Majlis yang bermula pada jam 7 malam itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh saudari Siti Aisyah binti Mohd Nur. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema, Srikandi Besi bersempena Hari Wanita Sedunia.

Read more...

Senja Terakhir di Kota Granada - Bahagian 2

Email

Tentera yang lengkap bersenjata itu terus mara menyerang pintu kota. Akhirnya Toledo jatuh ke tangan Alfonso VI of Castile pada tahun 1085 Masihi. Pemerintah pada waktu itu, Abbad III al-Mu'tamid meminta bantuan daripada pemerintah Kerajaan Al-Moravid, Yusuf Ibnu Tashfin untuk membantunya menyekat kemaraan batalion Alfonso VI of Castile. Al-Moravid yang berpusat di Utara Afrika sedang mengalami masalah dalaman ditambah pula dengan kekalahan yang dialami dalam Perang Al-Zallaqah menentang pihak Kristian. Situasi ini menyebabkan Al-Moravid tidak dapat membantu Abbad.

Read more...

Perkongsian Santai Dua Aktivis

Email

 

MADINAH NASR, 19 Mac - Selesai program Comperative Religion Course: Road to Alaska 2.0 di Iskandariah, sebuah perkongsian santai bersama saudara Ahmad Syafiq Muhammad Apandi dan saudara Muhammad Shazwan Shafiee diadakan di ACMM bagi meraikan mereka yang tidak berpeluang menyertai CRC: R2A 2.0 pada 17 Mac yang lalu. Perkongsian yang sama juga turut diadakan bersama pelajar Iskandariah sehari sebelumnya.

Read more...

Senja Terakhir di Kota Granada

Email

Aku sedikit lega apabila backpack yang digalas tadi sudah dilepaskan dari bahu. Dapat sekejap aku melepas lelah. Aku letak sebentar di dalam masjid dengan harapan tiada siapa yang mengusiknya. Tawakal yang menggunung tinggi. Aku ambil angin sebentar di luar masjid. Kebetulan masjid ini berada di tepi laut. Bayu malam semakin kencang menghembus. Kini masuk hari ke-13 permusafiranku.

Read more...

More Articles...