IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

Menggali Sejarah Mengukir Ibrah

Email

MADINAH NASR, 16 Februari - Diselubungi kesejukan malam musim sejuk, ruang Academic Centre Medic Mesir(ACMM) Cawangan Kaherah dipenuhi dengan ikhwah akhawat dari sekitar Kaherah untuk mendengar perkongsian daripada saudara Muhammad Fauzi Hasim.

Saudara Fauzi yang baru sahaja tiba dari Malaysia bersama keluarga sempat memberi perkongsian yang bertajuk “Sejarah Nusantara : Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam”. Perkongsian ini membincangkan hubung kait antara Melayu dan Islam, bagaimana luasnya bangsa ini dan sempadan yang patut diambil berat.

Read more...

Penghujung Syita Meraikan Graduan Tanta

Email

TANTA, 14 Februari - Menjelang pengajian semester baru, seramai 83 graduan Universiti Tanta telah diraikan dalam  satu majlis graduasi. Majlis yang diadakan di Dewan Utama Universiti Tanta telah menyaksikan seramai 9 orang aktivis Kelab IKRAM Mesir(KIM) menerima sijil penghargaan untuk meneruskan khidmat di tanah air.

Read more...

JAISY & WinG : Penyaksian Ukhuwah Di Pertemuan Dua Laut

Email

DUMYAT, 30 Januari - Kepelbagaian musim dan bentuk georgrafi kurniaan ilahi adalah suatu nikmat yang mesti disyukuri sepanjang keberadaan di Mesir. Perubahan cuaca dan iklim semasa membuktikan kebesaran dan kekuasaan-Nya dalam mentadbir bumi ini. Kesibukan musim peperiksaan sama sekali tidak menghalang para peserta perkhemahan musim sejuk 2017 untuk mendaftarkan diri sejak sebulan yang lalu. Kerana meyakini bahawa perkhemahan salah satu daripada wasail tarbiah yang penting, sebuah program perkhemahan tahunan yang dinamakan Jaulah Ikhwah Syita' (JAISY) bagi ikhwah, dan Winter Gathering (WinG) bagi akhawat telah berlangsung pada 28 hingga 30 Januari yang lalu bertempat di Ra'sul Bar, Dumyat. Program perkhemahan ini telah disertai seramai 155 orang peserta dari pelbagai muhafazah dan jurusan pengajian.

Read more...

Graduan KIM Antara 10 Terbaik

Email

KAHERAH, 29 Januari - Segala usaha yang dicurahkan selama di Mesir, lebih daripada 100 mahasiswa berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Ain Shams dan Universiti Mansoura, Mesir. Tiga aktivis Kelab IKRAM Mesir (KIM) diraikan antara kesemua 63 graduan dalam majlis konvokesyen di Universiti Ain Shams. Penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams, Prof Dr. Mahmod elMateini memberi 1001 makna bagi para graduan.

Read more...

Perutusan Tahun Baru 2017

Email

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)." (Al-anbiya':1)

Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang dan kesempatan waktu buat kita untuk bertemu dengan tahun baru masihi 2017. Setahun demi setahun telah berlalu menandakan usia kita semakin bertambah seiring dengan peringatan betapa dekatnya kematian menghampiri.

Read more...

More Articles...