IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

Merai 'Doktor' Harapan Negara

Email

ISKANDARIAH, 29 Disember - Seramai 179 mahasiswa Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah berjaya menamatkan pengajian setelah 6 tahun menuntut dalam jurusan tersebut. Kesemua graduan diraikan di majlis “Alexandria University Graduation Ceremony Class 2016”. Majlis graduasi yang bertempat di Dewan Bibliotheca Alexandria itu turut menyaksikan 32 aktivis Kelab IKRAM Mesir (KIM) menerima sijil tanda kelayakan mengorak langkah bersama masyarakat.

Seluruh warga KIM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah khususnya buat aktivis KIM. Selain itu, saudara Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrisam Fikry selaku Presiden menyatakan KIM sentiasa menitik beratkan isu akademik ahli, di samping menggalakkan para ahli menyertai program-program ilmiah yang dianjurkan oleh semua pihak.

Read more...

KICK '16: Rembatan Musim Sejuk Kaherah

Email

Madinah Nasr, 11 Disember - Sekitar 50 pemain terlibat dalam menjayakan Kejohanan Futsal Kelab IKRAM Mesir Cawangan Kaherah tahun 2016 (KICK’16) yang bertempat di Padang Muthallas, Hayyu Asyir. Kejohanan ini telah bermula dari 8 pagi hingga 11 tengahari.

Read more...

Sejarah Ringkas Perjalanan Kehidupan Rasulullah SAW

Email

Saban tahun pada 12 Rabiul Awwal,masyarakat Islam khususnya rakyat Malaysia akan menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW. Hari tersebut kebiasaannya disambut dengan diadakan perarakan, selawat serta ceramah kisah hidup Baginda.

Namun begitu,dalam buku Sirah Nabi "Raheeq Makhtum" yang ditulis oleh Syeikh Syafiyyurrahman Al-Mubarakfuri, seorang tokoh yang berjaya mendapat johan dalam penulisan penelitian sirah menyatakan tarikh sebenar kelahiran Nabi SAW ialah pada 9 Rabiul Awwal Tahun Gajah.Pendapat yang mengatakan 12 haribulan ialah pendapat Ibnu Ishaq dan ia merupakan pendapat yang lemah.

Read more...

Ke Mana Mahu Pergi? 2.0 : Nasihat Pengembara 70 Negara

Email

MADINAH NASR, 29 November - Sebuah diskusi ilmiah dengan kerjasama MedicMesir Kaherah, Ke Mana Mahu Pergi telah berlangsung untuk kali ke-2. Diskusi tersebut telah dikongsikan oleh saudara Muhammad Shazwan Shafiee yang merupakan pelajar tahun 5 perubatan Universiti Al-Azhar. Kehadiran mahasiswa mahasiswi berjaya memenuhi ruang Academic Centre MedicMesir Kaherah hingga selesai program.

Read more...

Aktivis KIM Terima Anugerah Pelajar Terbaik

Email

TANTA, 16 Oktober - Seramai 43 graduan Fakulti Pergigian, Universiti Tanta, Mesir telah dirai dalam Majlis Konvokesyen Mahasiswa Fakulti Pergigian Kali Ke-2 (DENTWO), termasuk 20 orang yang merupakan aktivis Kelab IKRAM Mesir Cawangan Tanta.

Salah seorang graduan, saudara Muhammad Aiman bin Mohd Nizar telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Jurusan Pergigian bagi sesi 2011-2016 dengan pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik).

Read more...

More Articles...