IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

Susah Sebelum Senang

Email

Kehidupan ini seluruhnya adalah satu perjuangan. Seawal saat seorang bayi bersentuh kulitnya dengan udara dunia lalu mula bernafas dan menangis, dia sudah mula berjuang. Dia perlukan tenaga untuk menghirup udara agar mampu meneruskan kehidupan. Kemudian perlahan-perlahan bergerak, merangkak dan berjalan serta berlari. Semua itu memerlukan usaha yang gigih. Andai seorang bayi sekadar terbaring bermalasan di atas lantai, nescaya dia tidak akan dapat membesar dengan baik.

Read more...

Perutusan Rasmi Presiden KIM Bersempena Tahun Baharu Hijrah

Email

Sedar atau tidak, kita bakal melangkah ke tahun baru Hijrah. Tahun yang pastinya lebih mencabar, memerlukan satu lakaran perancangan yang baik dalam menghadapinya. Bagi seorang Muslim itu, sudah tentu tersemat cita-cita ingin melihat hari yang baru itu lebih baik daripada hari yang lalu. Beberapa perkara perlu kita lihat dalam merealisasikan cita-cita tersebut.

Read more...

Intifadah al-Aqsa: Peristiwa, Sebab dan Kesan

Email

Latar belakang

Terma intifadah secara harfiahnya bermaksud gegaran. Perkataan al-Aqsa, juga dikenali sebagai Baitul Muqaddas merupakan tempat ibadah ke-3 paling mulia dalam Islam. Judaisme merujuknya sebagai Temple Mountain, tapak paling suci bagi agama Yahudi dan didakwa pernah dibina atasnya Haikal Sulaiman. Intifadah al-Aqsa pula merujuk kebangkitan rakyat Palestin menentang Israel. Lawatan provokasi Ariel Sharon ke Haram As-Syarif pada 28 September 2000 merupakan pencetus yang mengakibatkan kemarahan dan kebangkitan rakyat Palestin. Kebangkitan ini dinamakan Intifadah al-Aqsa atau Intifadah ke-2. Ianya berlaku 2 bulan selepas gagalnya Proses Oslo. Intifadah al-Aqsa berlangsung tidak hanya semata-mata kerana tindakan Ariel Sharon, tetapi juga hasil siri peristiwa selama berpuluh tahun dan multifaktorial yang membawa kebangkitan ini. Namun dalam artikel yang ringkas ini saya hanya akan mengulas salah satu faktor tercetusnya Intifadah ke- 2 iaitu kegagalan perjanjian Oslo.

Read more...

Tinggi Manakah Darjat Ibu Bapa?

Email

Sepanjang perjalanan hidup ini aku banyak bertemu dengan manusia yang baik hati, suka membantu, atau paling tidak, menggembirakan hati. Jadi memang secara fitrah, manusia itu suka pada kebaikan. Oleh sebab itu, Islam sebagai agama fitrah menuntut setiap orang untuk berlaku baik antara satu sama lain. Maka insan yang paling dituntut untuk diperlakukan dengan baik ialah ibu bapa.

Read more...

Kalam Rasmi Timbalan Presiden Bersempena Hari Raya Haji

Email

Alhamdulillah kita berkesempatan bertemu dengan 10 awal Zulhijjah yang di dalamnya sangat banyak kelebihan seperti yang digariskan dalam satu hadis;

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah?" Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Read more...

More Articles...