IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

Kalam Rasmi Presiden KIM Bersempena Hari Kebangsaan 2016

Email

Hari yang penuh bersejarah, disambut dengan penuh meriah kini tiba lagi. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tarikh yang menjadi saksi pengorbanan tokoh pejuang tanah air kita yang tercinta. Perjuangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah dan anasir jahat yang menganggu-gugat keamanan dan keselamatan tanah air dan seluruh isinya.

Hari ini, kita menyaksikan rakyat Malaysia mampu menikmati hidup yang aman damai kesan daripada titik peluh dan darah para pejuang yang kita sanjungi. Namun, keamanan dan kedamaian ini sewajarnya dipelihara sebaiknya agar generasi akan datang berpeluang merasai nikmat hidup di bawah naungan pemerintahan yang adil dan saksama, memperoleh hak sebagai rakyat dan hidup aman bahagia tanpa sebarang permusuhan.

Read more...

Memaknai Erti Sebuah Kemerdekaan

Email

Merdeka! Itulah yang sering dilaungkan  setiap detik 12.00 tengah malam tanggal 31 Ogos. Secara zahirnya, kita telah merdeka selama 59 tahun  dan usaha memerdekakan Malaysia (dahulu dipanggil Tanah Melayu) ini telah mengambil masa hampir 500 tahun. Begitulah usaha bagi mencapai sebuah kemerdekaan. Prosesnya lama dan panjang. Zahirnya, kita telah lama merdeka. Namun hakikatnya, benarkah kemerdekaan yang dikecapi ini merupakan nikmat sebenar-benar merdeka?

Apabila Rib’I Bin Amir menghadap Rustum, kata-kata ini cukup untuk memberikan sebuah makna kemerdekaan! Panglima Islam ini menyatakan dengan penuh ‘izzah (bangga):-

“Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan terhadap manusia menuju kepada Sang Pencipta. Menyelamatkan manusia daripada kezaliman atas nama menuju keadilan yang diwujudkan oleh Islam. Membawa manusia daripada kesempitan dunia menuju kelapangan dunia dan akhirat.”

Read more...

Perkhemahan Musim Panas Menyuntik Ruh Tarbiah

Email

KUALA KUBU BHARU, 24 Ogos – Baru-baru ini, dalam usaha melahirkan ahli-ahli yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani, Kelab IKRAM Mesir (KIM) telah mengadakan satu perkhemahan bertempat di Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perkhemahan yang diberi nama “Mukhayyam Soifi '16 – Hiking & Camping” itu telah disertai oleh ahli-ahli KIM yang sedang bercuti di Malaysia bersempena cuti musim panas.

Ketua komandan perkhemahan, Muhamad Firdaus Rahim berkata, "Alhamdulillah, program berlangsung dengan jayanya. Matlamat kita untuk mengumpulkan ikhwah dari pelbagai muhafazah dan menjalankan aktiviti kecergasan disamping melatih ketahanan fizikal berjaya. Mukhayyam ini juga diadakan untuk mengumpulkan ahli yang masih bercuti di Malaysia kerana kita percaya tarbiah itu bukan bermusim atau berlaku hanya pada waktu lapang.”

Perkhemahan yang berjalan selama dua hari satu malam itu bermula dengan sesi perkongsian tarbiah pada malamnya. Antara yang dikongsikan ialah mengenai qowiyyul jism (sihat tubuh badan), salah satu sifat yang perlu ada pada diri seorang muslim. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat menjadi faktor kepada lancarnya perjalanan dakwah dan tarbiah seseorang. Malah ia turut menjadi sumber kekuatan kepada ikhwah untuk terus konsisten dalam gerabak dakwah.

Read more...

Istirehatkah Kita?

Email

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami Menciptakan kamu dengan sia-sia (tanpa ada tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[23:115] 

Ikhwah dan akhawat perindu syurga, masih ingatkah kita pada ayat ini?
Masih sedarkah kita akan tujuan kehidupan ini?

Sungguh kerdil rasanya menjadi seorang manusia apabila diangkat darjat menjadi seorang hamba kepada yang Maha segala-segalanya malah dilantik sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Kemuliaan yang Allah kurniakan buat kita ini sekaligus membawa tuntutan-tuntutan kehidupan yang sangat banyak untuk kita laksanakan. Maka benarlah kata-kata Imam Ahmad bahawa kerehatan bagi seorang Mukmin itu adalah apabila kakinya telah melangkah ke syurga.

Read more...

9 Persatuan ‘Turun Padang’ Jayakan The Tabarro’ Project 4.0

Email

KAHERAH, 5 Ogos – Kira-kira seramai 60 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia dari pelbagai universiti dan persatuan seluruh Mesir turun ke Madinat Nasr bagi menjayakan program “The Tabarro’ Project 4.0”.

Read more...

More Articles...