IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

Pendakian Bermisi; QoKers menawan Bukit Tabur

Email

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Cuti musim panas di Malaysia pada tahun ini diserikan lagi dengan Qowiy Hikers (QoKers), sebuah aktiviti mendaki di Bukit Tabur, Taman Melawati, Kuala Lumpur anjuran akhawat IKRAM Mesir pada hari Ahad yang lalu. Perjuangan menawan bukit setinggi 1171 kaki; yang terletak 30 minit perjalanan dari ibu kota ini disertai oleh mahasiswi IKRAM Mesir daripada pelbagai universiti dan muhafazah.

Sehari sebelum hari pendakian, para peserta telah berkumpul di Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk sesi taklimat dan set kompas sebelum bertolak ke lokasi pada keesokan harinya. Pendakian bermula pada jam 9 pagi dan semua peserta berjaya untuk tiba di puncak 1 jam 30 minit kemudian. Segala penat lelah semasa mendaki seakan-akan hilang tatkala melihat permandangan indah Empangan Klang Gates yang terbentang indah dari puncak Bukit Tabur itu.

Read more...

Ukhuwah Fillah Hanyalah Slogan 'Poyo'?

Email

Sejak bergelumang dengan dunia dakwah dan tarbiah, ataupun lebih dikenali sebagai kumpulan ‘kaki usrah’, frasa ukhuwah fillah sentiasa dilagukan dan diperdengarkan. Slogan dan syiar itu ditekankan sebagai asas kekuatan. Aktiviti makan bersuap dan setalam, saling bertukar hadiah dan bernasyid bersama sambil tangan digenggam erat merupakan contoh perkara yang pada awalnya janggal tetapi semakin lunak dan mesra sejak memilih untuk turut serta bersama kumpulan yang ingin memperbaiki diri dan menyeru manusia.

Namun sering sahaja ukhuwah itu teruji. Semakin lama bersama semakin banyak kekurangan yang terpampang dan terlihat. Akhirnya benih kecewa mula mekar dan sangka buruk makin subur. Hal yang kecil diperbesarkan. Perselisihan bertukar menjadi persengketaan. Daripada isu yang kecil seperti giliran memasak dan kebersihan rumah sehingga pengurusan usrah dan tarbiah di kawasan, segalanya menjadi hodoh di mata dan benci di jiwa sehingga jauh di sudut hati meratibkan kalimah, ‘poyo sahaja geng usrah ini’, ‘mana ukhuwah fillah abadan abada yang menjadi siulan?’, ‘cakap tak serupa bikin’, hipokrit, sembang kencang.

Read more...

SAFRAA 2.0 Berlangsung Meriah

Email

ISKANDARIAH, 8 Julai - 180 orang tetamu yang terdiri daripada mahasiswi tahun 4,5 dan 6 menghadiri Sambutan Aidilfitri Akhawat Alex atau SAFRAA 2.0 yang bertempat di Markaz Akhawat IKRAM Cawangan Iskandariah.

Sambutan yang diadakan buat kali keduanya ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan komuniti mahasiswi Iskandariah, meraikan hari kemenangan serta mencetuskan kembali semangat dan momentum Ramadan yang baru sahaja berlalu.

Read more...

Kalam Rasmi Presiden Bersempena 1 Syawal

Email

Assalamualaikum wbt dan Salam Lebaran. 

Segala puji hanya milik Allah SWT, selawat serta salam kita panjatkan buat Nabi Muhammad SAW penghulu segala Nabi dan Rasul, para sahabat yang sentiasa membantu perjuangan Baginda SAW.

Gema takbir di pagi raya menandakan berakhirnya Ramadan.  Rasa pilu di hati menyaksikan tetamu yang dinanti saban tahun berlalu pergi. Tertanya-tanya apakah kita tergolong dalam kalangan yang berjaya atau golongan yang rugi dan kecewa.

Read more...

Laila Yang Mencari

Email

Tersebutlah sebuah kisah tentang seorang pemuda yang kacak rupanya, gagah tubuhnya. Dilahirkan pula daripada sebuah keluarga bangsawan yang terhormat, sememangnya dia menjadi pujaan mana-mana wanita pada ketika itu. Qais Ibnu Al-Mulawwah, itulah namanya.

Ketika sudah cukup umur untuk bersekolah, bapanya telah menubuhkan sebuah sekolah yang indah dan mempunyai guru-guru yang terbaik di Tanah Arab. Bilangan pelajar di situ tidak ramai, yang ada hanyalah beberapa orang anak orang-orang terhormat di sekitar jazirah Arab. Dalam kalangan pelajar tersebut, terdapat seorang anak perempuan kepada ketua suku arab.

Gadis itu memiliki paras rupa yang cukup menawan. Namanya Laila. Matanya yang hitam dan wajahnya yang menarik telah berjaya mencuri hati Qais. Ternyata Qais tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Laila juga menyimpan perasaan terhadap Qais!

Read more...

More Articles...