IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti

 
 
 
 

Artikel Terkini

Qiraat & Tajwid : Antara Kewajipan & Tuntutan

Email

KAHERAH, 27 Februari – Satu sesi diskusi ilmiah mengenai Qiraat & Tajwid telah dianjurkan oleh Kelab IKRAM Mesir pada hari Jumaat yang lalu. Diskusi yang membawa tajuk “Qiraat & Tajwid : Antara Kewajipan & Tuntutan” ini telah diadakan di Academic Centre MedicMesir (ACMM) Kaherah dan mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa mahasiswi di sekitar Kaherah.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarkannya” [HR Bukhari 5027] perkongsian ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal & Ustaz Adha Azizi yang merupakan mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra.

Read more...

STEP 4 Membangkitkan Roh Perjuangan Mahasiswa

Email

KAHERAH, 11 Mac - Program mega tahunan Kelab IKRAM Mesir, Sliding Through Experience as Professionals (STEP) telah berlangsung dengan gilang gemilang. Program yang bertempat di Al-Azhar Conference Center (ACC), Kaherah telah dihadiri oleh mahasiswa mahasiswi Malaysia dari seluruh muhafazah di pelosok Mesir.

Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah wakil-wakil persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir iaitu ABIM Mesir, HALUANSiswa Mesir, Persatuan Pelajar Fayoum dan ISMA Mesir.

Dengan membawa tema 'The Hope for a Better Nation: MAHASISWA', STEP pada kali ini bertujuan untuk meluaskan sudut pandang dan pemikiran mahasiswa Malaysia di Mesir tentang realiti negara dan menimbulkan rasa keperluan dalam diri mahasiswa untuk menyumbang sesuatu demi masa depan negara yang lebih sejahtera. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Asmaul Husna serta bacaan ayat suci al-Quran oleh saudara Adha Azizi bin Hamidi.

Read more...

JAISY & WinG; Mukhayyam Menghangatkan Musim Sejuk 2016

Email

MANSOURA, 2 Februari - Ketibaan musim sejuk membawa seribu satu makna kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya kepada ikhwah dan akhawat yang sudahpun mempunyai perancangan sepenuhnya. Demikian juga bagi para peserta perkhemahan musim sejuk 2016 yang sudah sedia mendaftarkan diri sejak sebulan yang lalu. Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Kelab IKRAM Mesir telah mengadakan satu perkhemahan musim sejuk pada 30 Januari hinggga 1 Februari 2016 yang lalu, bertempat di Pantai Gamassa El Dakhaliya yang terletak di pedalaman kota Mansoura. Perkhemahan yang dinamakan Winter Gathering 2016 (WinG’16) bagi akhawat dan Jaulah Ikhwah Syitaa 2016 (JAISY’16) bagi ikhwah ini telah disertai oleh 131 orang akhawat, dan 64 orang ikhwah dari seluruh muhafazah di Mesir.

Read more...

Pertandingan Futsal di Fayoum

Email

FAYOUM, 19 Februari - Kelab IKRAM Mesir telah dijemput untuk menyetai pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Fayoum Mesir (PPMFM).

Bertepatan dengan ayat Al Qur’an : "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" [Al Hujurat: 10].

Read more...