IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari Raya Kita Sepatutnya Bagaimana?

Email

 Pejam celik, kita hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum Ramadan berlalu pergi. Bagi sesetengah umat, hati justeru menangisi perpisahan bersama madrasah terulung ini. Bagi sesetengah yang lain, mindanya sudah jauh membayangkan persiapan raya Aidilfitri ; hiasan rumahnya, bajunya, dan susunan masa untuk menziarahi sahabat handainya. Barangkali saat maghrib tiba, dia langsung tersedar daripada lekanya menanti Syawal sehingga mengabaikan Ramadan yang berlalu tanpa menunggunya sesaat pun. Itulah lumrah manusiawi.

Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM, perasaan hati saya bercampur baur. Separuh hati sibuk menyusun impian dan cita-cita seterusnya ke menara gading sedang separuh hati lagi sebak membayangkan masa-masa terakhir mengumpul kenangan dan pengalaman di sekolah yang semakin berkurangan dan terhad. Begitu jugalah keadaan hati tentang Ramadan dan Aidilfitri. Aidilfitri ialah hari konvokesyen bulan Ramadan. Ia merupakan satu simbolik perubahan ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. Maka, ia merupakan satu keraian yang baik. Allah telah menceritakan tentang cara terbaik untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dalam al-Quran.

Read more...

Senja Terakhir di Kota Granada - Bahagian 2

Email

Tentera yang lengkap bersenjata itu terus mara menyerang pintu kota. Akhirnya Toledo jatuh ke tangan Alfonso VI of Castile pada tahun 1085 Masihi. Pemerintah pada waktu itu, Abbad III al-Mu'tamid meminta bantuan daripada pemerintah Kerajaan Al-Moravid, Yusuf Ibnu Tashfin untuk membantunya menyekat kemaraan batalion Alfonso VI of Castile. Al-Moravid yang berpusat di Utara Afrika sedang mengalami masalah dalaman ditambah pula dengan kekalahan yang dialami dalam Perang Al-Zallaqah menentang pihak Kristian. Situasi ini menyebabkan Al-Moravid tidak dapat membantu Abbad.

Read more...

Page 1 of 8