IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Aidil Fitri 1438H

Email

Allahu akbar wa lillahil hamd!

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat-Nya, sekali lagi kita dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari yang menjadi simbolik kemenangan kita setelah bermujahadah selama sebulan dalam melipatgandakan amal-amal soleh. Pastinya kita mengharap amal tersebut diterima dan mampu diteruskan sebagai bekalan menempuh 11 bulan mendatang.
 
Saban tahun Aidil Fitri dirai tanpa kita sedar peristiwa bermakna di sebalik hari yang istimewa ini. Ketika Ramadan berlalu pergi, tidak tergambar betapa pilunya hati ar-Rasul SAW dan para sahabat, mengenangkan tetamu yang mulia akan pulang meninggalkan mereka. Apakah terdetik sedih di hati kita saat Ramadan pergi? Adakah kehadiran Syawal lebih kita ternanti-nanti dan persiapan untuk menyambutnya lebih gah berbanding Ramadan? Sungguh, jauh sekali beza antara kita dengan mereka.
 
Dalam menzahirkan manifestasi cinta kita terhadap ar-Rasul SAW, sewajarnya kita menghiasi Syawal dengan amalan bertepatan dengan sunahnya. Bertakbir, menjalin ukhuwah, dan mengerat silaturahim antara perkara yang patut dititikberatkan. Amalan menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai perlu dijadikan amalan penting sepanjang bulan Syawal ini. Tidak dilupa puasa sunat enam sebagai pelengkap bagi puasa Ramadan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ;
 
Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian dia susulinya dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)." HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll.
 
Moga Syawal yang dirai tidak mempersiakan usaha kita beramal penuh tekun sepanjang Ramadan. Saya mewakili Kelab IKRAM Mesir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
 
عيد مبارك
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
 
Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry
Presiden Kelab IKRAM Mesir
 

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah 

........................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir