IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Kepulangan 'Ayahanda'; Jauh di Mata, Dekat di Hati

Email

ISKANDARIAH, 24 Mac – Setelah berkhidmat sejak tahun 2013, kini Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah, selaku Pengarah MARA Timur Tengah di Iskandariah, kembali pulang ke tanah air untuk terus menyambung khidmat beliau di Malaysia. Seluruh mahasiswa di Iskandariah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat beliau.

Ustaz Ahmad Sofi atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Sofi, sempat meluangkan sedikit masa beliau yang terakhir di bumi Iskandariah, bersama dengan pimpinan tertinggi Kelab IKRAM Mesir cawangan Iskandariah.


Dalam pertemuan tersebut, beliau sempat menyampaikan beberapa amanat yang cukup berguna sebagai mahasiswa di Mesir ini. Antaranya, beliau menekankan agar mahasiswa perlu memanfaatkan masa lapang yang ada di sini dengan menyertai program-program kebajikan dan keagamaan, serta mengambil berat perihal mahasiswa di sini yang mempunyai masalah tertentu dan membantu mereka dalam memperbaikinya sekadar mampu.

Ustaz Sofi yang merupakan anak jati kelahiran negeri Kedah ini, telah berkongsi kisah perjalanan hidup beliau dan memberi peringatan bahawa perjalanan hidup ini penuh dengan liku dan cabaran, bahkan tiada siapa yang mengetahui bagaimana pengakhirannya kelak. Beliau juga turut berpesan agar mahasiswa dapat menguasai bahasa Arab dan kepelbagaian ilmu yang ada di bumi Mesir serta senantiasa cakna akan isu-isu semasa yang dibangkitkan di akhbar dan media massa di Malaysia hatta di Mesir sekalipun.

Dalam kesempatan ini, Kelab IKRAM Mesir juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini. Pertemuan dan perpisahan ialah adat manusia biasa. Walau jauh di mata, namun ingatan di hati tidak akan pernah luput. Warga Kelab IKRAM Mesir mendoakan agar Ustaz Sofi terus komited dalam menempuh kehidupan yang jauh lebih mencabar.

Semoga segala urusan Ustaz Sofi yang mendatang akan dipermudahkan oleh-Nya. Sekali lagi, sekalung terima kasih kami ucapkan!

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah

....................................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir