IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Syantah Ramadhan Menyuburkan Ukhuwah

Email

ISKANDARIAH, 9 Jun - Menyahut seruan mencapai takwa pada bulan Ramadan, Kelab IKRAM Mesir Cawangan Iskandariah (KIMCI) telah menganjurkan sebuah program ‘Syantah Ramadhan’ di Iskandariah.

Antara tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyuburkan ukhuwah antara peserta dan para pelajar serta menggalakkan amalan bersedekah dan berkebajikan kepada sesama manusia, khususnya pada bulan yang mulia ini seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Riwayat at-Tirmizi)

Program ini bermula selepas solat Jumaat dengan para peserta diberikan taklimat dan seterusnya pembahagian kumpulan dibuat mengikut kawasan rumah. Sebanyak 20 Syantah Ramadhan (set makanan) yang berisi makanan asas seperti gula, beras, dan kurma diedarkan kepada rumah-rumah di sekitar Ibrahimiah, Camp Caesar, dan juga Gamaah yang merupakan kawasan yang padat dengan pelajar Malaysia.  

Pada sekitar jam 3 petang, semua set makanan telah pun berjaya diedarkan dan rata-rata penerima menyatakan rasa syukur dan gembira dengan inisiatif sebegini.

 

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah 

........................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

 

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir