IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Rumah Terbuka IKRAM Mesir Cawangan Iskandariah

Email

Jumaat, 26/10/2012 - IKRAM Mesir cawangan Iskandariah telah mengadakan rumah terbuka bersempan dengan Hari Raya Aidiladha. Julung kalinya sejak kelahiran, IKRAM Mesir Cawangan Iskandariah telah mengadakan program yang meraikan seluruh warga Iskandariah merentasi latar belakang yang pelbagai. Hari Terbuka ini bertujuan membuktikan keterikatan ukhuwah sesama warga Iskandariah sambil menghayati ruh tadhiyah Aidiladha.

Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Kelab IKRAM Mesir Cawangan Iskandariah kepada mahasiswa dan mahasiswi di Iskandariah. Majlis dimulakan dengan takbir raya yang diketuai oleh Saudara Hafi, mahasiswa Perubatan Tahun 3 Universiti Iskandariah.

Majlis diakhiri dengan tayangan filem pendek berjudul "Tomato 2" bertujuan memupuk rasa minat tetamu kepada keindahan untuk bersama dalam 'gerabak tarbiyyah' ini.