IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramadan Mengajar Erti Sihat Yang Sebenar

Email

ISKANDARIAH, 31 Mei – Fit for Ramadan ataupun FITRA merupakan satu program perkongsian istimewa yang dianjurkan oleh Kelab IKRAM Mesir Cawangan Iskandariah sebagai 'booster' Ramadan yang bakal menjelang kurang seminggu sahaja lagi. Perkongsian ini disampaikan oleh tiga panel yang masing-masing merupakan mahasiswa Perubatan Universiti Iskandariah iaitu saudara Hisyamuddin Lutfi (Tahun 6), saudara Nazeer Mukhlis (Tahun 6) dan saudara Nafis Nazlan (Tahun 3).

Program ini berlangsung di Pusat Konvensyen Universiti Iskandariah. Program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan diteruskan dengan kalam taujihat daripada Pengerusi Kelab IKRAM Mesir Cawangan Iskandariah iaitu saudara Muhammad Naim Bin Sharifuddin.

“Takwa ini seperti takutnya kita ingin mengecewakan orang yang benar benar kita kasihi, dan begitulah juga hubungan kita dengan Allah SWT, bagaimana takutnya kita ingin meninggalkan suruhan-Nya dan melakukan larangan-Nya” 

Slot pertama yang bertajuk “365 Days Interaction with Al Quran” oleh saudara Hisyam Lutfi, beliau menjawab persoalan, “Apakah tujuan sebenar kita membaca al-Quran?”

“Kita membaca al-Quran kerana ingin mendapatkan pahala tetapi adakah cukup sekadar itu? Bila kita ingin khusyuk membaca al-Quran? Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al–Hadid ayat 16.”

Beliau juga turut berkongsi tentang cara-cara mentadabbur al-Quran serta adab-adab ketika membaca kitab suci al-Quran. "Semoga Allah memberikan syifa’ pada hati kita dengan menjaga hubungan kita dengan-Nya.”

HISYAM LUTFI membentangkan slot dengan Al Quran

Program diteruskan lagi dengan slot kedua iaitu “Physiology of body during Ramadan." Saudara Nazeer Mukhlis menyatakan bahawa terdapat banyak perubahan yang terjadi pada tubuh badan kita terutamanya organ dalaman sepanjang bulan Ramadan.

“Our daily life will change for example our sleeping pattern, which is decrease in total sleep time, delayed sleep and decrease of cortisol level which lead to lethargy. But the unique fact is our brain while we are fasting it will increase in learning, memory and increase in endorphins secretion”

Slot terakhir yang bertajuk “How to be fit” oleh saudara Nafis Nazlan berkongsi tentang cara-cara untuk sentiasa kekal sihat dan waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman pada bulan Ramadan.

“How to be fit? Maximize nutrient uptake and maintain proper hydration. Always make preparation before Ramadan”. Beliau turut berkongsi tip bersahur seperti elakkan pengambilan garam waktu sahur kerana ia akan menyebabkan dehidrasi dalam badan. Selain itu, tip berbuka dan bersenam juga dikongsikan. “Waktu terbaik untuk membakar lemak adalah 1 jam sebelum berbuka dengan senaman yang ringan.”

Sesi perkongsian diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada panel penyampai dan juga pemenang kuiz yang diadakan dalam setiap slot. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghadiri dan seterusnya menjayakan program ini.

#Fit4Ramadan
#TARAWIH16
#JuyushulMuttaqeen
#LaallakumTattaqun

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah

........................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir