IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

SAFRAA 2.0 Berlangsung Meriah

Email

ISKANDARIAH, 8 Julai - 180 orang tetamu yang terdiri daripada mahasiswi tahun 4,5 dan 6 menghadiri Sambutan Aidilfitri Akhawat Alex atau SAFRAA 2.0 yang bertempat di Markaz Akhawat IKRAM Cawangan Iskandariah.

Sambutan yang diadakan buat kali keduanya ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan komuniti mahasiswi Iskandariah, meraikan hari kemenangan serta mencetuskan kembali semangat dan momentum Ramadan yang baru sahaja berlalu.

"Dengan menekankan konsep "Laallakum tattaqun", kita mengharapkan agar ketakwaan yang kita cuba raih di bulan Ramadan dapat dikekalkan ke bulan-bulan seterusnya.  Justeru, SAFRAA 2.0 menggunakan medium ini untuk mengingatkan kembalitentang Ramadan dan ketakwaan menerusi slot-slot yang disediakan", kata Nur Fatira Zolkifli, Pengarah SAFRAA 2.0.
SAFRAA 2.0 mendapat sambutan hangat

SAFRAA 2.0 kali ini juga diserikan dengan pelbagai persembahan istimewa sebagai halwa telinga bagi meraikan tetamu yang hadir. Majlis melabuhkan tirainya tepat jam 3 petang.

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah 

........................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir