IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis Apreasiasi Graduan KIM 2014

Email

ABBASIAH, 15 Feb - Dengan tema 'Menggenggam ijazah, menjulang dakwah', Majlis Apreasiasi Graduan diadakan untuk meraikan 20 ahli Kelab IKRAM Mesir (KIM) yang telah menamatkan pengajian mereka; 19 graduan Perubatan Universiti Kaherah dan seorang graduan Ulum Islamiyah daripada Universiti Al-Azhar.

Majlis ini diadakan di Dewan Malaysia-Abbasiyah Kaherah (DMAK) yang hanya dihadiri oleh pelajar-pelajar perempuan sahaja. Selain sesi penyampaian hadiah kenangan kepada para graduan, majlis diserikan lagi dengan persembahan, tazkirah, sesi fotografi dan sesi ucapan oleh para graduan.

Tetamu jemputan khas yang menghadiri majlis ini ialah isteri TYT Dato' Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datin Zakiah binti Dato' Haji Alias dan isteri Pengarah Education Malaysia of Egypt (EME), Puan Rawiyah binti Md Junoh.

Antara isi ucapan perasmian oleh Datin Zakiah, beliau mengingatkan tentang ikhlas dalam bekerja. Kata beliau, bila pekerjaan itu dianggap ibadah, ikhlas itu mesti ada di waktu bekerja dan di luar waktu bekerja. Malah, beliau juga berpesan, bila kita memberi ilmu kepada wanita, ia bermaksud memberi ilmu kepada semua; anak-anak, orang sekeliling dan masyarakat.

Diharap, dengan penganjuran majlis ini, hadirin dan para pelajar mendapat motivasi baru dalam pelajaran, menguasai ilmu dan berusaha menjadi sebahagian kepakaran dalam bidang masing-masing. Namun, dalam usaha menguasai bidang masing-masing seharusnya tidak meletakkan tarbiyah dan dakwah sebagai perkara kedua.


Pautan
: Gambar Sekitar Majlis