IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Forum Israk Mikraj 2014

Email

MADINAT NASR, 29 Mei - Satu forum khas bersempena Isra' Mikraj yang bertemakan "Membina Tamadun Khayra Ummah" hasil usaha sama antara Kelab IKRAM Mesir dan ABIM Mesir telah diadakan di Dewan Masjid Tantawi, semalam.

Mengupas kembali sirah perjalanan Rasulullah SAW, panelis Ustaz Wan Abd Rahman yang merupakan salah seorang aktivis Kelab IKRAM Mesir mengatakan bahawa Isra' dan Mikraj bukanlah sekadar peristiwa bersejarah yang termaktub dalam Islam bahkan ianya mempunyai rahsia tersirat yang boleh dijadikan panduan dalam pembangunan tamadun khayra ummah.

Justeru itu diharapkan agar semua mahasiswa dan mahasiswi bersama-sama menghayati kembali kisah-kisah tersirat yang ditonjolkan dalam peristiwa ini dan berusaha untuk memantapkan diri demi kemaslahatan ummah.

Jazakumullah khayran juga diucapkan kepada pihak ABIM Mesir di atas anjuran bersama forum ini. Besar harapan dari pihak Kelab IKRAM Mesir untuk bersama-sama menganjurkan program sebegini pada masa akan datang.