IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Aqsa Syarif Mesir Sertai Kempen House4GAZA

Email

“Barangsiapa yang meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (2:245)

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.

Jumlah kutipan kempen House4GAZA yang telah dianjurkan oleh Aqsa Syarif Mesir sepanjang tempoh 26 Okt-2 Nov 2014; telah berjaya mencatat kutipan keseluruhan sebanyak LE 73 377.50 daripada mahasiswa mahasiswi di seluruh Mesir.

Untuk makluman, House4GAZA adalah sebuah kempen anjuran MySET (Malaysian Society for Engineering and Technologies) dengan kerjasama Aqsa Syarif, satu agensi di bawah Humanitarian CARE Malaysia Berhad (MyCARE).

Kempen ini bertujuan untuk membiayai pembinaan 'portacabin' sebagai penempatan sementara untuk lebih 15,000 keluarga Gaza yang kehilangan rumah akibat serangan terbaru Zionis Israel. Ia akan membantu mereka melalui musim sejuk yang akan tiba pada bulan November setiap tahun.

Jazakumullahu khairan katheera diucapkan kepada semua, semoga sumbangan yang diberikan ini menjadi pemberat mizan kebaikan di akhirat kelak!

Klik pautan http://bit.ly/1u1euQy untuk maklumat lebih lanjut serta 
Gambar Aktiviti Aqsa Syarif Mesir.