IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Program Khas Bersama Timbalan Presiden IKRAM

Email

MADINAT NASR, KAHERAH, 8 Nov - Satu program khas yang menerangkan tentang gagasan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah diadakan di Masjid Tantawi, Hayyu Sabi', Kaherah dengan tema "Malaysia Menuju Negara Rahmah; Satu Perkongsian Untuk Rakyat Malaysia". Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Islam FELDA, yang juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Dalam penerangannya, beliau banyak mengupas isi penting mengenai konsep "rahmah" yang dibawa dalam gagasan kali ini; dan bagaimana kita mahu membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang rakyatnya hidup harmoni, saling menghormati dalam kasih sayang dan belas kasihan mengikut garisan dan panduan yang diletakkan oleh Islam.

Kita seharusnya mengimpikan dan berusaha menggembleng tenaga ke arah pembentukan negara yang ditadbir dengan penuh keadilan, hak-hak rakyat dipastikan dan tidak terbuku dendam dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, dakwah pula boleh dijalankan secara rancak, dan semua penduduk Malaysia merasa selesa dengan suasana yang ada di tanah air tanpa saling bercakaran antara satu sama lain.

Suasana seperti inilah yang akan mampu memacu bukan sahaja dakwah, malah negara Malaysia sendiri mampu untuk maju ke hadapan.

Pautan: