IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Muktamar Kelab IKRAM Mesir (MUKIM '14)

Email

MADINAT NASR, KAHERAH, 7 Nov - Buat julung kalinya telah berlangsung Muktamar Kelab IKRAM Mesir (MUKIM '14) yang telah menghimpunkan ahli-ahli Kelab IKRAM Mesir yang terdiri daripada seluruh muhafazah di Mesir. Bertempat di Dewan Masjid Tantawi, Hayy Sabi', Kaherah, seramai 261 ahli Kelab IKRAM Mesir telah menghadirkan diri untuk bersama-sama melibatkan diri dalam muktamar ini bagi mendengarkan kupasan lanjut tentang info terkini berkaitan gerak kerja dan aktiviti Kelab IKRAM Mesir secara umumnya.

Bermula dengan Ucapan Dasar Presiden Kelab IKRAM Mesir iaitu Saudara Akram Shamsuri, peserta muktamar seterusnya dihidangkan dengan pembentangan perincian Laporan Kewangan Tahunan Kelab IKRAM Mesir, selingan kalam taujihat, Perbahasan Perwakilan Muktamar, Pengumuman Jawatankuasa Tertinggi Kelab IKRAM Mesir bagi sesi 2014/2015 serta Pidato Perdana yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat dari Malaysia iaitu Tuan Haji Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus, selaku wakil Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Rusyd. Tidak ketinggalan juga acara pelancaran buku "Luahan" terbitan Aqsa Syarif Mesir yang telah berjaya membukukan luahan-luahan mahasiswa serata dunia berkaitan isu kemanusiaan di serata dunia khususnya Palestin.

Dengan slogan "Bersama Merintis Saf Kekuatan", ahli Kelab IKRAM Mesir diharapkan agar terus menjaga kesatuan dan keharmonian sesama ahli yang merupakan asas utama kepada maju dan mundurnya sesebuah jemaah.

Akhir kata, jazakumullah khairan katheera kepada semua pihak, ikhwah dan akhawat yang sama-sama menjayakan MUKIM '14 kali ini.

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"