IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

STEP 3: Rich Muslim, The Real Game

Email

MADINAT NASR, 27 Mac 2015 - Program Sliding Through Experience as Professionals (STEP) kali ini merupakan kali ketiga yang diadakan oleh Kelab IKRAM Mesir setelah penubuhannya pada 2012 yang lalu. STEP 3: "Rich Muslim, The Real Game" membawakan tema kewangan yang disampaikan khas oleh tokoh kewangan Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR).

Menerusi bimbingan beliau, para mahasiswa Mesir dalam kalangan pelajar Perubatan, Pergigian dan Pengajian Islam diberikan gambaran yang jelas tentang realiti masa kini dan cabaran berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam skop yang lebih luas. Di samping itu, slot soal jawab bersama UZAR memberikan pendedahan dan penjelasan yang lebih tentang keadaan dan situasi kewangan yang berlaku sekarang.

Semoga dengan terlaksananya program ini, para mahasiswa dapat membina keyakinan diri, menambah semangat dan bersedia menghadapi cabaran kewangan di masa akan datang. 

"Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal 4 perkara iaitu tentang usianya, pada apa yang dihabiskannya; tentang masa mudanya untuk apa telah digunakannya; tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana telah dibelanjakannya; dan tentang ilmunya yang apa telah diamalkannya." - Riwayat At-Tarmizi.