IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

FREE PALESTINE : Konsert Amal Bersama IZIS

Email

"Selama saya di Mesir dari 2005, semalam adalah acara terbesar dan termegah yg pernah saya ikuti." -@kaisar_el_rema-

KAHERAH, 21 Okt 2012 - Kumpulan nasyid kebanggaan rakyat Indonesia, Izzatul Islam (IZIS) telah menggegarkan kota Kaherah ini dengan sebuah konsert amal untuk mengumpulkan dana buat Palestin. Konsert yang telah diadakan di Al-Azhar Conference Center (ACC), Hayy Rab'ah, Kaherah ini telah dibanjiri dengan ribuan penonton dari pelbagai negara yang datang dari seluruh pelusuk Mesir. 
 
Konsert "Free Palestine" ini juga telah dimeriahkan oleh IKRAM Voice sebagai wakil Kelab IKRAM Mesir dan kumpulan Dai Nada, salah satu kumpulan nasyid mahasiswa Indonesia di Mesir ini. 
 
Untuk pengetahuan, ahli kumpulan IZIS merupakan antara 21 orang daripada Komite Nasional untuk Rakyat Palestina (KNRP) Indonesia yang akan meneruskan perjalanan mereka ke Gaza dengan membawa hasil kutipan konsert amal ini serta bantuan kemanusiaan yang telah dikumpulkan sebelum ini. Mereka juga akan menyerahkan 1000 ekor kambing sebagai korban daripada rakyat Indonesia sebagai bukti cinta mereka buat Palestina.
 
Selain persembahan konsert, acara penglelongan barangan juga diadakan untuk menambahkan lagi dana ini. Salah satunya termasuklah sebuah lukisan potret Syeikh Ahmad Yassin hasil karya seorang seniman Indonesia. Alhamdulillah, lelongan berlangsung dengan 'hangatnya' dan seorang mahasiswa Malaysia berjaya mendapatkan lukisan tersebut dengan harga 3000USD. 
 
 
 
 
Mahasiswa Malaysia yang berjaya dalam lelongan lukisan Sheikh Ahmad Yassin (foto @infoknrp)