IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Qiraat & Tajwid : Antara Kewajipan & Tuntutan

Email

KAHERAH, 27 Februari – Satu sesi diskusi ilmiah mengenai Qiraat & Tajwid telah dianjurkan oleh Kelab IKRAM Mesir pada hari Jumaat yang lalu. Diskusi yang membawa tajuk “Qiraat & Tajwid : Antara Kewajipan & Tuntutan” ini telah diadakan di Academic Centre MedicMesir (ACMM) Kaherah dan mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa mahasiswi di sekitar Kaherah.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarkannya” [HR Bukhari 5027] perkongsian ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal & Ustaz Adha Azizi yang merupakan mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra.

Ustaz Mohd Kamal menerangkan definisi perkataan Qiraat iaitu cara bacaan al-Quran yang pelbagai yang boleh dibaca mengikut sanad riwayat yang mutawatir yang bersambung kepada Rasulullah SAW. Secara umumnya, terdapat 10 Qiraat yang ada sepanjang zaman namun secara lazimnya Qiraat Hasf An Asim digunapakai di seluruh dunia terutamanya di Malaysia kerana sebutannya yang lebih mudah dan tidak banyak khilaf pada sanad dan riwayatnya. Cara bacaan ini kemudiannya diperlengkap dengan penjelasan hukum tajwid yang disampaikan pula oleh Ustaz Adha Azizi.

Semoga semua peserta dapat menghayati ilmu yang disampaikan dan mengamalkannya bagi menyempurnakan lagi bacaan al-Quran dalam usaha merebut sebanyak mana pahala yang ditawarkan serta mampu menyampaikannya kepada masyarakat sejagat.


Rasulullah SAW bersabda :
“Yang membaca Al-Quran dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca Al-Quran namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.” [Al-Bukhari 4937, Muslim 244]

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah
........................
Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:
Portal: http://ikrammesir.org/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir