IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Cuti Hari Peristiwa Dimanfaatkan Dengan Program Ukhuwah

Email

KAHERAH, 25 April - Kira-kira 30 orang aktivis Kelab IKRAM Mesir dari seluruh Kaherah hadir ke Hadiqah Dauliah, Madinat Nasr bagi memeriahkan program hari keluarga Kelab IKRAM Mesir bersempena cuti peristiwa Hari Pembebasan Sinai.

Program yang diberi nama Kelab IKRAM Mesir's Family Day (KIM's FD) ini merupakan program tahunan persatuan yang kali kedua diadakan setelah penganjuran sulungnya pada tahun lepas.

 

Pengarah program Ahmad Syahmi Abdul Latip berkata, objektif program ini diadakan selain merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli, ia juga bertujuan untuk merehatkan minda ahli yang penat belajar untuk menghadapi musim peperiksaan.

"Menjadikan mafhum hadis 'Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri' sebagai tema utama program, aktiviti yang kami jalankan pada hari ini adalah lebih menjurus kepada memupuk nilai ukhuwah sesama ahli."

"Harapan saya dengan penganjuran program seperti ini, menjadikan ahli lebih mengenali antara satu sama lain seterusnya merapatkan lagi ukhuwah sesama mereka" katanya ketika ditemu ramah oleh Unit Liputan Kelab IKRAM Mesir.

Dalam perkembangan lain, Presiden Kelab IKRAM Mesir, Saudara Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrisam Fikry yang turut hadir dalam program tersebut mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana KIM's FD kerana berjaya menganjurkan program ini. Pada masa yang sama, beliau memaklumkan kepada ahli bahawa ini adalah program terakhir anjuran persatuan sebelum berhenti seketika bagi memberi laluan kepada fasa imtihan.

Pautan gambar aktiviti KIM's FD di sini.

 

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah

 

 

 

.......................................................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:
Facebook: http://facebook.com/ikrammesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir