IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

BOOTH A2G-Emergency Relief (Mansurah)

Email

Rentetan serangan Israel terhadap rakyat Palestin menerusi operasi mereka “Cloud of Pillar”, pihak Aqsa Syarif Cawangan Mansoura telah mengambil inisiatif membuka booth Aqsa To Gaza Emergency Relief pada 4, 5, dan 6 Disember 2012 baru-baru ini di Universiti Mansoura. Booth dibuka dengan harapan dapat menyedarkan semua mahasiswa dan mahasiswi tentang apa yang telah berlaku di Palestin dan memberi peluang kepada semua menyumbang selain dari sudut kewangan.


Antara aktiviti yang dijalankan di booth ini adalah pameran mengenai kronologi peristiwa yang berlaku dan menekankan kepentingan isu boikot, jualan pakaian, barangan terpakai dan makanan yang disumbangkan oleh mahasiswa dan mahasisiwi.

Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dengan kehadiran warga Malaysia, Mesir dan Palestin sendiri. Apabila ditanya oleh warga Mesir kenapa kami bersusah payah untuk memberitahu tentang Palestin sedangkan kami adalah warga Malaysia, seorang akhawat telah menjawab bahawa kita semua adalah muslim dan perjuangan untuk membebaskan tanah air yang terjajah dan ada padanya Masjidil Aqsa merupakan tanggungjawab semua muslim, tidak kira bangsa apa sekalipun.


Alhamdulillah. Hasil jualan amal mencecah LE 11,918.75 manakala jumlah kutipan dari tabung sebanyak LE 3135, RM18, 10 RIYAL yang menjadikan jumlah kutipan keseluruhan yang diperoleh sebanyak LE 15,053.75, RM 18 dan 10 Riyal dalam tempoh tiga hari.