IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Feed the Fasting; Kempen Menuju Ramadan

Email

TANTA, 4 Mei —Road to Ramadhan (R2R) merupakan satu kempen bersiri mingguan pada bulan Rejab & Syaaban yang diadakan oleh Kelab IKRAM Mesir bagi memberi fokus kepada persediaan mahasiswa/wi dalam menghadapi Ramadan pada tahun ini. Terdapat beberapa kempen telah dijalankan. Antaranya ialah "Feed the Fasting" yang telah diadakan pada 4 Mei bertempat di Imarah MedicMesir Tanta.

Dalam kempen pada kali ini, mahasiswa/wi Malaysia Tanta yang berpuasa sunat Khamis/Sya'ban mahupun yang tidak berkesempatan untuk berpuasa turut dihadiahkan bungkusan plastik makanan yang disiapkan serta diedarkan oleh aktivis Kelab IKRAM Mesir Tanta. Plastik yang diisi dengan makanan malam serta penanda buku bermesej sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa/wi dalam menghadapi musim peperiksaan pada waktu terdekat ini.




Kempen "Feed the Fasting" ini juga merupakan satu galakan bagi setiap insan untuk melakukan amal-amal kebaikan walaupun sekecil-kecil amalan. Kempen ini mendapat sambutan yang positif dalam kalangan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, segala kekurangan mahupun muhasabah sangat dialu-alukan oleh pihak Kelab IKRAM Mesir Tanta.

Kelab IKRAM Mesir berharap agar amalan sedekah sebegini diamalkan oleh setiap individu, sebagaimana galakannya dalam al-Quran;

"Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara bersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan-Nya. Tidak ada yang mengkhuatirkan mereka dan mereka tidak bersedih hati." (al-Baqarah, 2:274)

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah

....................................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir