IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

TARAWIH '17 Dilancarkan di Tanta

Email

 TANTA, 2 Jun- Buat julung-julung kalinya, Kelab IKRAM Mesir Tanta telah melaksanakan satu program Road2Ramadhan (R2R) yang telah berjalan sepanjang bulan Rejab dan Syaaban. Program ini merupakan salah satu langkah untuk mengajak mahasiswa dan mahasiswi di Tanta mempersiapkan diri bagi menghadapi bulan Ramadan al-Mubarak yang bakal menjelang tiba.

 Pada setiap minggu, satu kempen telah dipilih dan dilaksanakan mengikut kesesuaian. Antaranya ialah kempen 'Feed The Fasting', iaitu suatu kempen memberi makanan kepada orang yang berpuasa ketika berbuka dan ia telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar jurusan sains kesihatan di Universiti Tanta. 

Dengan kedatangan Ramadan, maka secara rasminya berakhirlah program R2R di Tanta. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Semoga ganjaran yang terbaik Allah hadiahkan buat kita semua. Justeru, bermula tanggal 1 Ramadan 1438H, program khusus Ramadan di Tanta dilancarkan dengan menggunakan nama program TARAWIH'17 Tanta.



TARAWIH'17 Tanta diharap dapat meneruskan hamasah (semangat) yang telah dibina sepanjang program R2R yang lalu, dengan harapan segala keberkatan Ramadan dapat dicapai bersama. Antara aktiviti utama TARAWIH'17 Tanta ialah 'Tadarus Weekly' dan 'Iftar Jamaie' .

Iftar Jamaie yang pertama telah dilaksanakan pada hari Khamis, 1 Jun 2017 bersamaan dengan 6 Ramadan 1438H di Academic Center, Imarah MedicMesir. Majlis berbuka puasa secara beramai-ramai ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar. Selain daripada berpeluang untuk menjamu makanan kepada orang ramai, ahli Kelab IKRAM Mesir Tanta juga berharap agar ia dapat menguatkan lagi ukhuwah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Tanta.

Pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menarik telah disusun bagi menghidupkan bulan yang mulia ini, bahkan sasaran utamanya adalah untuk mendapatkan rahmat Ilahi itu sendiri sehingga akhirnya kita semua dapat keluar daripada madrasah Ramadan ini dalam keadaan hati dan diri yang suci daripada dosa-dosa.

Jutaan terima kasih diucapkan atas penglibatan semua pihak. Besar harapan kami agar program-program seperti ini dapat diwujudkan lagi sekaligus memberi manfaat kepada kita semua. Semoga Allah menerima amal-amal kita. 

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah 

........................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

 

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir