IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Jaulah Coretan Sejarah Islam (CSI) - Damietta

Email

Pada tarikh 15-16 November lepas, sebuah jaulah telah diadakan di Rasr-El Bahr, di muhafazah Dumyatt, Mesir. Seramai 50 peserta ikhwah dan 70 peserta akhwat yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Perubatan dan Pergigian Tahun 1, Universiti Tanta. Program tersebut telah dijayakan oleh 40 orang ahli jawatankuasa serta fasilitator  yang terdiri daripada senior Tahun 4,3,2 Perubatan dan Tahun 1 Pergigian.

        Jaulah bermula pada petang Khamis dengan perhimpunan serta taklimat ringkas oleh pengarah pada pukul 4.00 petang.  Pada jam 5.30 petang, rombongan jaulah bertolak dari Academy Center MedicMesir, Tanta sebanyak 4 buah bas dan 2 tremco untuk ahli jawatankuasa. Pada jam 12.00 tengahari sebelumnya, ada sebuah rombongan yang bertolak awal yang terdiri daripada ahli jawatankuasa khas untuk memastikan keadaan berjalan lancar ketika program dijalankan di sana nanti.

          Rombongan selamat tiba di Rasr El-Bahr pada pukul 10.30 malam dan diteruskan dengan check-in di hotel At-Tayaran untuk peserta akhwat serta rumah sewa biasa bagi peserta ikhwah. Peserta ikhwah telah dibenarkan untuk berjalan-jalan di sekitar Rasr –El Bahr sehingga pukul 11.00 pm bersama fasilitator yang telah ditetapkan sepanjang program berlangsung.

         Pada keesokan harinya,para peserta  menunaikan solatsubuh di sekitar tanah lapang berhampiran pantai yang diimamkan oleh saudara Ali tahun 2 perubatan. Setelah solat, bacaan mathurat telah di ketuai oleh peserta serta sedikit tazkirah oleh saudara Adnin, tahun 3 perubatan.

         Program diteruskan dengan sedikit games yang diketuai oleh saudara Ali serta saudara Adnin. Selepas selesai menyertai games, peserta diberi peluang untuk bergambar di sekitar pantai yang berlatarbelakan-kan matahari terbit.

 

Permandangan Pagi di Ras El-Bar

 

       Pada pukul 7.30 pagi,peserta berkumpul di dewan untuk bersarapan pagi.Dewan tersebut disediakan oleh hotel At-Tayaran yang diduduki oleh peserta akhwat. Program bermula dengan pengisian muqadimah yang berlangsung selama 2 jam. Peserta diberi makan tengahari kemudian bersambung dengan slot seterusnya iaitu slot Coretan Sejarah Islam yang berlangsung selama 2 jam setengah.

 

      Setelah selesai slot pengisian serta solat, peserta diberi makan malam sebelum dibenerkan untuk bersiar-siar untuk kali terakhir di Rasr-El Bahr. Setelah selesai solat mahgrib, rombongan bertolak dari hotel At-Tayaran ke  Tanta. Ketika dalam perjalan,rombongan berhenti singgah di Sherif El Zeni,sebuah kedai manisan  untuk membeli sedikit buah tangan untuk bawa pulang ke Tanta.

 

         Rombongan selamat sampai di Academy Center Tanta pada pukul 11.30 malam, dan para peserta dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

 

 

Disediakan oleh,

Mohd Taqiyuddin Bin Ramli,

Tahun 1 Pergigian

Universiti Tanta