IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Dalam Dakapan Palestina

Email

TANTA   “Orang Palestin yang mengelakkan umat islam dari kehancuran sepenuhnya di bumi”. Dan kalau Allah tidak melindungi sebagian manusia dengan dengan sebagian yang lain, niscaya rusaklah bumi ini (Al-Baqarah:251), begitulah kata-kata pembuka bicara penulis terkenal Salim A. Fillah sewaktu program Dalam Dakapan Palestin anjuran MedicMesir bersama IKRAM Tanta dan juga Aqsa Syarif Tanta. Itulah kata-kata semangat yang dilontarkan beliau yang ditemani oleh rakannya Kak Bingong, seorang pendongeng atau pencerita kanak-kanak.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan yang diberikan oleh Pengarah MedicMesir, saudara Muhammad Hazwan yang mengalu-alukan kedatangan saudara Salim A Fillah. Selain itu, beliau mengingatkan supaya pelajar-pelajar di Tanta agar peka dengan isu semasa Palestin. Majlis yang disambung dengan ucapan oleh Pengerusi IKRAM Tanta, saudara Ahmad Samhan  Awang yang mengingatkan tentang sejarah bermulanya penjajahan Israel ke atas tanah Palestin yang telah berlaku sejak sekian lama dan harus diketahui oleh setiap pelajar yang mengaku seorang Islam.

Seterusnya, majlis disambung dengan ucapan oleh wakil Aqsa Syarif Tanta, Abdul Hadi Haron yang pernah menjejakkan kaki ke Gaza, Palestin dalam misi A2G8 pada ramadhan lepas. Beliau mengingatkan bahawa Gaza adalah bumi yang berkat dan dapat dilihat kebesaran Allah. Selain itu dia mengesa agar semua yang hadir untuk menerapkan dalam hati untuk pergi ke sana. Selain itu pengenalan Aqsa Syarif Malaysia juga diterangkan tentang projek-projek yang dibuat di sana. Pengenalan Aqsa Syarif Tanta juga disebut bersama pengerusinya, saudara Azizul Hakim dibantu saudari Syazana Ayu beserta jawatankuasa pelaksana.

Seterusnya, acara utama yang disampaikan oleh saudara Salim A Fillah yang meningatkan pandangan seorang muslim terhadap peperangan. Seorang muslim dilarang dari mencintai peperangan tanpa sebab. Walaupun begitu, diwajibkan peperangan padahal dibenci perbuatan itu. Ini kerana boleh jadi apa yang kamu cintai, Allah membencinya. Ada juga apa yang Allah mencintainya tapi kita membencinya. Dia mengingatkan bahawa peperangan yang dilakukan oleh orang Islam adalah untuk mengelakkan lebih besar kemusnahan dan keganasan dari orang musyrikin.

Saudara Salim A Fillah juga mengingatkan bahawa Palestin adalah sebahagian dari wilayah Syam yang Nabi bersabda diberkati oleh Allah. Selain itu, dibacakan juga sebahagian dari hadith “akan ada di kalangan umatku yang sentiasa berada di dalam kebenaran, mereka akan menghancurkan musuh mereka dan sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka tidak akan dapat mengapa-apakan mereka kecuali Allah mengizinkannya, mereka itulah yang berada di Al-Quds dan sekitarnya. Beliau juga mengingatkan bahawa kebanyakan orang-orang soleh terdahulu adalah dari Syam.

Beliau menyambung dengan sedikit sejarah orang Yahudi yang sebenarnya lebih menyucikan Kaabah, sewaktu awal penempatan mereka di Yathrib. Rabi-rabi Yahudi mengatakan bahawa Kaabah sewaktu itu masih tidak bersih dari berhala maka tidak wajar untuk mereka beribadah di situ. Maka mereka menunggu kenabian yang terakhir untuk menyelamatkan mereka dan juga Kota Suci Mekah. Walau bagaimanapun mereka kecewa dan terus memusuhi Nabi Muhammad kerana bukan dari ahli keluarga atau keturunan Yahudi. Saudara Salim A Fillah mengingatkan kita bahawa Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim lebih mulia dari Masjid Al-Aqsa yang dibina Nabi Daud dan Sulaiman.

Selepas itu, beliau menceritakan pengalamannya berada di sana di mana orang Palestin mengajak mereka dan mengalu-alukan mereka untuk bersama turut serta dalam bersaham di Palestin. Mereka apabila disebut negara Malaysia, Indonesia, rakyat Palestin membayangkan negera yang amat jauh dari wilayah Arab, mereka amat berbangga apabila umat Islam mengerahkan tenaga mereka dari jauh untuk bersama-sama mereka. Mereka katakan ini tanah kalian, kalian adalah sebahagian dari kami yang melindungi bumi ini.

Diceritakan juga bahawa, seketika dahulu sewaktu mereka masih di Indonesia, terdapat seorang syeikh buta yang datang ke Indonesia dari Gaza. Ada soalan yang ditujukan adakah Palestin tidak akan bebas sebelum bangsa Arab bersatu. Syeikh itu menjawab “Allah memilih untuk menarik kehebatan atas dasar ketaatan kepada Allah. Selepas Rasullulah, Allah telah memilih bangsa Arab untuk memerintah kerana ketakwaan mereka. Kemudian apabila kebanyakan dari mereka lalai Allah gantikan dengan bangsa Kurdi, selepas itu digantikan dengan bangsa Mamluk. Kemudian Allah gantikan dengan bangsa Turki." Syeikh itu menyambung dengan mengatakan “Aku husnuzon kepada Allah bahawa ketaatan pada Allah dan kemenangan darinya akan datang dari nusantara.”

Kemudian, disambung cerita saudara Salim A Fillah sewaktu berada di sebuah masjid di Gaza, mereka diajak untuk bertadarus Al-Qur’an. Setelah selesai, mereka berkongsi luahan hati mereka “Kami dahulu dihinakan oleh Allah kerana kami meninggalkan Al-Qur’an, tetapi sekarang kami dekat dengan Al-Qur’an dan Allah telah memuliakan kami.” Beliau juga sempat melawat sebuah poliklinik dan apa yang istimewanya ada sudut yang disediakan di mana kanak-kanak malahan orang tua untuk membaca Al-Qur’an.

Majlis diteruskan dengan persembahan Kak Bingong yang pergi ke Gaza bagi menghiburkan kanak-kanak Palestin dengan anugerah suaranya yang unik dan boleh diubah-ubah hampir ke 200 suara. Dia mempersembahkan cerita tentang kesungguhan seorang kanak-kanak yang akan dibalas akhirat kelak.

Sewaktu saudara Salim A Fillah ditanya tentang persiapan diri, beliau menjawab dengan persiapan seperti thalut menerusi dua cara: mempersiapkan diri dari ilmu yang diamalkan dan jasad. Kedua menahan godaan dari segala bentuk,matlamat yang perlu dikecapi di sana ialah bersama-sama merasai dan berusaha bertemu orang soleh dan mencari saham untuk menolong di Gaza.

Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada saudara Salim A Fillah dan Kak Bingong dan juga sesi bergambar bersama mereka. Semoga Allah memberi kita semangat untuk terus bersama-sama memperjuangkan perjuangan Palestin sehingga ke akhir hayat.