IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Hope Enliving Liberation of Palestine (HELP)

Email

DEWAN MU'TAMARAT, UNIVERSITI TANTA, 1 MAC 2013 - Program kemuncak Hope Enliving Liberation of Palestine (HELP) ini dinamakan HELP Grand Night. Program ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Saudara Afif bin Syaham. Program ini disajikan dengan dua sesi perkongsian daripada salah seorang daripada Delegasi A2G12 Aqsa Syarif ke Gaza, Ahmad Samhan Awang dan juga Sheikh Prof Dr Mohamed Said Jibril daripada Universiti Al-Azhar. Terdapat juga ucapan daripada Ketua Aqsa Syarif Mesir, Saudara Akram Shamsuri dan Penasihat Aqsa Syarif Mesir, Ustaz Haris bin Bain.

Program ini juga menampilkan bacaan puisi hasil nukilan Afdlin Shauki yang juga pernah ke Gaza melalui Aqsa Syarif Berhad yang dideklamasikan oleh Pelajar Perubatan Universiti Tanta iaitu Saudara Hadi bin Othman dan Amar Fadzreen. Selain itu, terdapat juga persembahan nasyid daripada IKRAM Voice dan juga kumpulan nasyid daripada Indonesia yang tidak asing di mata pelajar di Mesir iaitu Daie Nada. Malam gilang gemilang ini mewujudkan semangat Palestin yang sangat tinggi tambahan pula dengan kibaran bendera-bendera Palestin di sekeliling dewan.

Jualan dan juga pameran juga masih lagi diadakan sebelum Grand Night bermula di luar dewan. Semoga program seperti ini dapat menyedarkan hati setiap manusia diluar sana atas kepentingan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Aqsa Syarif Tanta

"Memperkasakan Ummah, Membebaskan Al-Aqsa"

Pautan