IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

R2R; Titik Tolak Permulaan Ramadan di Tanta

Email

TANTA, 2 Jun – Program Race 2 Ramadan (R2R) merupakan program tahunan yang dijalankan di Tanta pada setiap tahun menjelang bulan Ramadan dan cuti musim panas. Program ini dianjurkan oleh Kelab IKRAM Mesir Cawangan Tanta dengan kerjasama MedicMesir Tanta. Antara objektif program ini diadakan adalah sebagai pemangkin semangat untuk memulakan bulan Ramadan, persediaan untuk menghadapi imtihan semasa Ramadan, dan mengeratkan ukhuwah sesama pelajar di Tanta.

Program R2R ini membuka tirainya dengan satu sesi pengisian dan perkongsian, iaitu 'Kick-Start Ramadan'. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Samhan Awang (graduan Perubatan Universiti Tanta, Mesir) yang bertajuk ' Ramadan Terakhirku'.


Bertempat  di Academic Centre (AC), Imarah MedicMesir Tanta, program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan diteruskan dengan kalam taujihat daripada Pengerusi Kelab IKRAM Mesir Cawangan Tanta, saudara Umair bin Mahmod, sekaligus  merasmikan program keseluruhan R2R yang berlangsung sepanjang Ramadan serta Syawal nanti. Sedikit gimik perasmian iaitu upacara memotong kek telah diadakan.
DR AHMAD SAMHAN AWANG ketika memberi pengisian























Sedikit petikan perkongsian yang telah disampaikan oleh Dr. Samhan atau lebih dikenali dalam kalangan para pelajar Tanta dengan panggilan 'Abang Mat' , "Sejauh manakah kita menjadikan Ramadan itu istimewa dalam diri kita? Adakah Ramadan menjadi istimewa disebabkan ganjarannya atau  ia menjadi agen perubahan dalam hidup kita?"

Beliau turut berkongsi  pengalaman yang dihadapi sepanjang tempoh berada di hospital ketika menjalani rawatan sebelum ini.

Sesi perkongsian diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada panel penyampai.
PENYAMPAIAN cenderahati sebelum program berakhir


























Di samping itu, agihan bubur lambuk secara percuma telah diberikan kepada para pelajar yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghadirkan diri dan menjayakan program ini.

#Race2Ramadan #RamadhanKaliIni
#TARAWIH16
#JuyushulMuttaqeen
#LaallakumTattaqun

Ukhuwah | Tarbiah | Khidmah

........................

Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMMesir/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir