IKRAM Mesir

Profile

Menu Style

Cpanel
 
 
 
 
 
 
 
 

Daurah Ustazah Rosmawati dan Penyerahan Kutipan Tabung Aqsa Syarif

Email

JUMAAT, 23 November 2012 - Alhamdulillah pada tarikh ini telah suksesnya satu daurah yang disampaikan oleh Ustazah Rosmawati di muhafazah Zagazig.Dalam daurah ini ikhwah dan akhawat diisi dengan penyampaian bertajuk "Jadilah kamu penolong agama Allah".Daurah ini cuma dijalankan sebentar sahaja bermula jam 9 hingga sebelum solat Jumaat.Harapnya dengan pengisian yang sebentar dan ringkas ini dapat melonjak dan memperbaharui semangat penggerak-penggerak IKRAM

Zagazig untuk merubah landskap dakwah di sini .Lazimlah dengan isinya yang berkaitan dengan ciri-ciri dakwah kita yang Rabbaniyah,Alamiyah dan Syumul.Juga sedikit sebanyak nasihat Syeikh Ahmad Yasin buat para pemuda dan pemudi yang diselitkan dalam daurah ini dapat diamalkan dalam kehidupan.

Usai pengisian dari Ustazah Rosmawati,majlis diteruskan dengan sesi penyerahan kutipan tabung Aqsa Syarif Zagazig dari Pengerusi Aqsa Syarif Zagazig,Akhi Mohd Hanif Jubri  pada wakil Aqsa Syarif Pusat,Ustaz Abdul  Haris Bain merangkum Penasihat Kelab IKRAM Mesir .Sesi ini dijayakan dengan penyerahan hasil kutipan  dari pelajar -pelajar kuliah perubatan dan farmasi Universiti Zagazig yang berjumlah dalam  LE 16 ribu.